CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.
- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.
- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".
Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.
Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu  diubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.
AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.
KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!
Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).
Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:
- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.
- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.
- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.
percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.
Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.
Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377
KUALA LUMPUR, Dis 14 — Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen, masing-masing dari Itali dan Finland dipilih sebagai pemandu pasukan F1 Malaysia, Lotus F1 Racing.
Ia diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Shabery yang bercakap bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, projek Lotus F1 akan menjadi “pelancar” kepada industri berteknologi tinggi pada masa depan.
“Saya secara peribadi teruja dengan barisan pemandu Lotus F1 Racing bagi tahun depan, dengan kombinasi pengalaman lagi bertenaga,” kata beliau pada sidang media.
Trulli yang berusia 35 tahun dan Kovalainen, 28, akan menjadi pemandu utama manakala Fairuz Fauzy, 27, dinamakan sebagai pemandu ujian.
Tahun ini, Trulli memandu Toyota manakala Kovalainen digantikan oleh juara dunia Jenson Button bagi McLaren mulai musim baru.
Pengetua pasukan Datuk Seri Tony Fernandes menyifatkan pemilihan mereka akan membawa campuran elemen pengalaman dan golongan muda dalam saingan akan datang.
“Trulli akan membawa pengalaman luasnya kepada pasukan ini. Heiki merupakan pemandu muda dengan banyak pengalaman, jadi saya fikir kita mempunyai pemandu-pemandu terbaik bersama gandingan Fairuz,” katanya.
Pasukan Lotus F1 Racing disahkan oleh FIA menjadi salah sebuah pasukan yang menyertai perlumbaan F1 musim 2010 pada September lalu.
Pertengahan bulan lalu, Lotus F1 Racing mencatat satu lagi kejayaan memberangsangkan dalam persediaan pasukan itu menjelang penampilan pertama pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Dunia (F1) 2010 selepas lulus ujian impak kemalangan dalaman.
Pasukan ini dijangka membuat penampilan pertama pada perlumbaan pembukaan F1 Dunia 2010 di Bahrain pada Mac.
Minggu lalu Lotus F1 Racing mengumumkan tiga pelantikan pegawai kanan pasukan.
Ketua Eksekutif Motorsports Association of Malaysia (MAM), Mia Sharizman Ismail dilantik sebagai Ketua Operasi (Asia) Lotus F1 Racing, bekas pemandu F1 Malaysia Alex Yoong sebagai Ketua Pembangunan Pemandu (Asia) serta Pengetua Pasukan Litespeed Formula 3 yang berpejabat di United Kingdom, Nino Judge sebagai Ketua Pembangunan Pemandu (Eropah).
Lotus F1 Racing dikendalikan oleh 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd.
Pasukan itu diletakkan pada tangga ke-18 dan 19 dalam senarai penuh pengeluar dan pemandu yang diumumkan oleh Federation of International Automobile (FIA) pada Nov 30.
Lotus F1 Racing yang diumumkan oleh Najib September lalu akan mempamerkan bendera Malaysia dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh tokoh usahawan Malaysia.....
Tapah Road - KL Sentral - KLCC - SkyBridge - Petrosains - Aquaria - KL Sentral - Tapah Road.
dari jam 9.50 am hingga 11.55 pm (7.11.2009)
Many people say things like “I’d love to get into the stock market” or “If I had more money, I’d invest in stocks”. Many people also believe that to make a profit from the stock market you either need to be rich already, be a full-time investment trader or be a financial whiz.
Not necessarily so.
Let’s take a look at three different scenarios of ordinary people in the stock market to see how they fared. This will let us view how the process works, the different approaches, and how returns are generated.
Scenario 1:
John works in a manufacturing plant earning RM33,000 a year. After rent, living and personal expenses, John has managed to save RM1,500 over the past 6 months that he wants to invest in the stock market. John buys 1,600 shares in ABC Mining at RM0.90 per share (RM1,440). He also pays RM32.95 brokerage fees for buying the shares. In total, John has invested RM1,472.95.
Six months later John decides to sell his shares. He has kept an eye on the performance of ABC Mining and they have risen to RM1.19 a share.  John sells his shares for RM1,904. He also pays RM32.95 brokerage fees for selling his shares, leaving him with RM1,871.05. That is a profit of RM398.10.
RM398.10 may not sound a lot, but remember John only invested RM1,472.95 for 6 months, so he won’t make a huge return. Nevertheless, John made a 27% profit which is far better than he would have made by putting the money into his savings account.
Scenario 2:
May and Chong both work full-time in professional jobs. Together, they earn RM120,000 per year. After mortgage repayments, living and personal expenses May and Chong have managed to put away RM5,000 that they want to now invest in the stock market.  They buy 1,500 shares in AAA Steel at RM1.48 a share (RM2,220) and 1,500 shares in XY Manufacturing at RM1.33 a share (RM1,995). They also pay RM65.90 brokerage fees for the two transactions. Their total outlay is RM4,280.90.
Over the next 12 months AAA Steel shares have risen to RM2.60 a share and XY Manufacturing shares have moved to only RM1.38 a share. May and Chong sell their shares for a total of RM5970. They pay their broker RM65.90 and are left with RM5904.10. Their initial investment was RM4,280.90. So, they make a profit of RM1,623.20.
Scenario 3:
Aminah is retired, owns her own home and earns a comfortable income from several long term investments. Aminah would like to invest RM15,000 that she has set aside for buying shares.
Aminah selects a portfolio of 5 companies and aims to invest around RM3,000 in each. Aminah buys 3,333 shares in ABC Mining at RM0.90 a share (an investment of RM2,999.70). She also buys 2,027 shares in AAA Steel at RM1.48 a share (RM2,999.96) and 2,255 shares in XY Manufacturing at RM1.33 a share (RM2,999.15). To complete her portfolio, Aminah buys a further 2,912 shares in MM Multimedia at RM1.03 a share (RM2,999.36) and 3,000 shares in BB Furniture at RM1.00 a share (RM3,000). Aminah also pays RM164.75 brokerage fees for buying the shares. In total, Aminah has invested RM1,5162.92.
http://www.drumah.com/tip-pelaburan-hartanah-untuk-mereka-yang-tidak-bergaji-tinggi/498.html
Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..
Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.
Sebelum ini mungkin ada diantara kita yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita ni mana ada peluang kat sini.
Pada mulanya saya juga berpendapat begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;
“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”
atau
“You have to think anyway, so why not think big?”
Jika anda pernah menonton siri “Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil 3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.
Satu kes “study” dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.
Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.
Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6′300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6′300.00 x 5 tahun = 31′500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.
Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5′000 kaki persegi.
Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.
Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56′000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.
Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.
Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.
“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.
Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..
virus H1N1 atau selsema babi kini telah menular ke Teluk Intan... waspada
Adware-TryMedia!f30a83b518c1 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Downloader-BPJ!dc1e4ae1e44f 	06/07/2009 	Trojan 	Downloader 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!65b7ae65a737 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
FakeAlert-CK!a150cc4f8c19 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
Adware-IEDriver!e374eca66db6 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Downloader-BPJ!a5ca3d4b8cc1 	06/07/2009 	Trojan 	Downloader 	5638 	Low 	Low
PWS-Mmorpg!p!8bac5ca86ff3 	06/07/2009 	Trojan 	Password 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!e88e4f79fb9a 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Generic Vb.q!c5a0fa744dcc 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
W32/Virut.n.gen!8a61a3d6acab 	06/07/2009 	Virus 	Generic 	5638 	Low 	Low
FakeAlert-CM!01a0262a6f5f 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
Generic FakeAlert.k!15c90480c1ba 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!0ac5af5258b2 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
FakeAlert-CM!ae7cd67547fd 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!251ed4672c3e 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
W32/Autorun.worm.fi!60c89ba04505 	06/07/2009 	Virus 	- 	5638 	Low 	Low
Adware-Fenomen!5b67de7b9433 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!bb1bcf94cdd0 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Adware-Fenomen!d9dc71428e44 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
PWS-Mmorpg!p!fa1ef175f490 	06/07/2009 	Trojan 	Password 	5638 	Low 	Low
W32/Virut.n.gen!0d2d64ec5fab 	06/07/2009 	Virus 	Generic 	5638 	Low 	Low
Adware-Fenomen!53be7d84d7a2 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
PWS-OnlineGames.ed!d03baa851fbf 	06/07/2009 	Trojan 	Password 	5638 	Low 	Low
Adware-Fenomen!e4aba68d731e 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Adware-TryMedia!d92e21099a18 	06/07/2009 	Program 	Adware 	5638 	Low 	Low
Spy-Agent.cj.gen.t!da948572941a 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
FakeAlert-CM!d2fabc7057aa 	06/07/2009 	Trojan 	- 	5638 	Low 	Low
Downloader-BOI!41b4f864c181 	06/07/2009 	Trojan 	Downloader 	5638 	Low 	Low
Downloader-BPJ!81e0c604616c 	06/07/2009 	Trojan 	Downloader 	5638 	Low 	Low