Want your
own Fotopage?






 
krul's FotoPage

By: krul syahmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Jun-2011 07:30 Email | Share | Bookmark
Projek Pisang Berangan (Pengumpulan maklumat)

Pisang Berangan

Pendahuluan

Pisang atau nama saintifiknya musa parasidiaca L. banyak terdapat di kawasan beriklim Tropika. Tanaman ini banyak ditanam di kebun- kebun kecil sebagai tanaman utama, kontan atau selingan.


Jenis

Antara jenis yang digemari ramai ialah Pisang Berangan, Embun (bunga), Raja Restali, Tanduk, Emas dan Kultivar seperti Pisang Nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Iklim

Iklim tropika amat sesuai untuk tanaman Pisang, iaitu suhu melebihi 210C (700F) dan hujan serata serta tetap, tidak kurang daripada 10 sm (4 inci) purata tiap bulan

Tanah

Tanaman Pisang sesuai ditanam diatas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air, walaupun pisang memerlukan kelembapan tinggi dalam tanah.


4. Amalan Kultur

Penyediaan kawasan
Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia.
Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan.
Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.


Prasarana tanah
Jalan ladang perlu perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah pengendalian.
Saliran yang mencukupi adalah penting bagi mengelakkan takungan air.


Penyediaan Benih Tanaman
Pengeluaran benih pisang secara sulur
Pembiakan tampang ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang. Sulur pedang yang berbentuk kon, berdaun tirus dan mempunyai bahagian umbisi besar adalah dipilih untuk dijadikan bahan tanaman. Sulur pedang yang dipilih berukuran 45 - 100cm tinggi dengan berat antara 1 - 1.5 kg sebelum dibersihkan.

Pastikan sulur yang dikorek untuk dijadikan bahan tanaman mempunyai umbisi yang mencukupi bagi menampung bahan makanan untuk pertumbuhan akar sulur. Sulur yang dipilih dibersihkan dan semua akar dan tisu yang rosak serta reput dibuang. Benih tersebut dirawat dengan campuran satu bahagian formaldehid dengan 4000 bahagian air untuk mengawal cacing nematod sebelum ditanam di ladang.

Pengeluaran benih menggunakan teknik 'Quartering'
Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yang mengandungi matatunas. Sulur pisang dibersihkan daripada akar dan kotoran yang terdapat pada bahagian umbisi. Bahagian pangkal sulur pisang diasingkan dari bahagian umbisi. Seterusnya keratan umbisi pisang tersebut dipotong kecil berukuran 4 -5 cm dan dirawat dengan merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit.
-Racun kulat (spt. Benomyl 50% w/w) :50g/4.5 liter air
- Racun serangga ( spt. Cypermethrin 5.5% w/w) : 5ml/4.5 liter air
-Hormon Penggalak akar :50 g/4.5 liter air

Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalm pasir di rumah lindungan dengan kedalaman 5 -6 cm. Seterusnya dikambus dengan pasir supaya tidah terdedah kepada matahari dan ditutup dengan guni jut. Semaian hendaklah disiram 2 kali sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yang tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 150mm x 230mm. Selepas dua minggu di dalam polibeg anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.
Pengeluaran benih tanaman tisu didik
Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak - anak benih didapati seragam dengan benih sulur.Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6 - 7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Sistem penanaman
Tanaman tunggal
- Tanaman tunggal diusahakan untuk pengeluaran pisang secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1600 pokok sehektar. Pada jarak 3. x 3m kepadatan mencapai 1100 pokok sehektar.

- Kultivar Cavendish, berangan dan mas biasanya ditanam sebagai tanaman tunggal secara besar-besaran untuk pasaran eksport. Kultivar pisang lang, nipah dan juga awak ditanam secara tunggal untuk siproses memenuhi pasaran tempatan.Pada amnya pelbagai jarak tanaman ditentukan mengikut status kesuburan tanah atau kemudahan operasi di ladang. Kepadatan tanaman boleh ditingkatkan di tanah yang subur.

Tanaman selingan
- Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3m x3m dengan kepadatan 700 - 900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang besesuaian.

Penanaman di Ladang lubang -lubang berukuran 30X 30X 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (Ground Magnesium,Lime GML @ Clinop Zeolite / Lahar Gunung Berapi), 100 g naja NPK 8:8:8, 25 g Carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum pisang ditanam.


5. Penggredan

rujuk web : http://malaysiabestfarm.blogspot.com/

CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate

CZ - Clinop Zeolite (Lahar Gunung Berapi)

MOP- Muriate o Potash

GML- Ground Magnesium Limestone

dari http://malaysiabestfarm.blogspot.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net